Surau Al-Makmuriah 80% Siap
Posted by Admin on June 11 2012 01:16:31

Walapun belum siap sepenuhnya, namun disebabkan keperluan yang mendesak, bangunan baru Surau Al-Makmuriah Seri Pristana telah mula digunakan sejak seminggu yang lalu. Menurut Setiausaha Pembinaan Surau Al-Makmuruah, Ustaz Khairul Rizal, status pembinaan pada ketika ini telah mencapai hampir 80% siap, Sebanyak RM 600,000 sumbangan daripada orang ramai serta pelbagai pihak telah diterima dan digunakan untuk pembinaan dua tingkat bangunan surau tersebut.

Menurut beliau lagi, pihak surau masih memerlukan sumbangan sekitar RM200,000 sahaja lagi. Oleh yang demikian, beliau menyeru agar orang ramai dapat menghulurkan derma atau membantu pihak surau dalam mendapatkan dana bagi menyiapkan pembinaan surau tersebut. Sumbangan boleh dimasukkan terus ke dalam Bank Islam ( No Akaun : 12038010069938 ) atau CIMB ( No Akaun : 12130000003106 ). Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Ustaz Khairul di talian 013-341 3002.

Ikuti perbincangan lanjut.


Extended News