Satu program anjuran bersama Pejabat Ahli Parlimen Kuala Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram dan Ahli Majlis MDKS Zon 6D telah diadakan pada Sabtu, 19 Mei 2012 sempena Hari Ibu di Saujana Utama. Program yang diberi tema Bergaya Mengikut Syariat adalah satu kelas ketrampilan diri yang telah dikendalikan oleh perunding berpengalaman, Puan Faridah Abdul Rahman dan pembantunya, Cik Arra.
Antara tip- tip yang dikongsi bersama dengan lebih 30 para ibu dan remaja yang hadir adalah cara- cara penjagaan kulit dan ketrampilan diri bagi suri rumah juga wanita yang berkerjaya. Tidak ketinggalan, Puan Faridah telah menunjukkan beberapa cara pemakaian tudung yang sesuai digunakan apabila menemani suami ke majlis- majlis rasmi. Turut disampaikan adalah cara penggunaan alatan solek yang sederhana tetapi mampu menyerlah kecantikan semulajadi wanita.
Program diakhiri dengan sedikit tazkirah daripada Puan Hazelin, isteri YB Ahli Parlimen Kuala Selangor yang menyentuh tentang kepentingan kebersihan dalam menghasilkan kecantikan yang hakiki. Secara keseluruhan, para ibu dan remaja yang hadir berpuas hati dengan apa yang disampaikan dan mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menghasilkan satu program yang berbeza untuk menghargai wanita.
Ikuti perbincangan lanjut.
|