Pn Sabariah Musa, salah seorang penduduk Saujana Utama serta usahawan wanita yang sangat gigih dalam memajukan perniagaan kecil-kecilannya. Beliau menjalankan roti (mexican bun) di kedainya yang diberi nama Roti Papa di Mydin Subang Jaya. Melalui SKIMSEL anjuran Kerajaan Negeri Selangor, beliau mendapat suntikan modal bagi membesarkan serta menambahbaikkan perniagaannya rotinya.
Pn Sabariah berkata tiada kejayaan tanpa usaha, hasilnya beliau juga telah berjaya dalam permohonan SKIMSELnya untuk fasa kedua. Beliau berharap agar lebih ramai usahawan dapat dilahirkan dari skim ini dan beliau besedia untuk berkongsi pengalamanya.
Pada 11 – 12 Febuari 2012 lalu, Masjid Saujana Utama (MSU) ddengan kerjasama Syarikat ESQ telah menganjurkan MajlisSambutan Maulidur Rasul. Pengisian utama adalah merupakan ceramah dan sesi motivasi bersama fasilitator pihak ESQ, sebaik solat maghrib. Ini diikuti dengan program qiamullail, kuliah suboh dan gotong royong membersihkan masjid.
Peluang ini tidak dilepaskan oleh masyarakat sekitar Saujana Utama, apatah lagi terdapat cabutan bertuah dengan hadiah yang menarik. Sambutan yang diberikan sangat luar biasa dengan orangramai memenuhi segenap ruang masjid semasa ceramah diadakan. Diharapkan semua yang hadir mendapat manfaat daripada pengisian program ini.
Kesesakan lalulintas terutamanya di jalan keluar Saujana Utama ke jalan Kuala Selangor semakin membimbangkan terutamanya di waktu puncak antara 6.30 pg - 7.30 pagi. Ini kerana ramai penduduk Saujana Utama mengejar masa bagi memastikan sampai ke destinasi yang di tetapkan. Oleh yang demikian satu inisiatif yang dinamakan Dialog Rakyat telah diadakan Tuan Haji Fakaruddin Ismail selaku Ahli Majlis Kuala Selangor bertempat di Dewan serbaguna Masjid Saujana Utama. Di awal perbincangan, beliau telah menerangkan secara komprehensif terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk. Perbincangan yang lebih bersifat kreativiti dan persefahaman telah dapat dijalankan dengan baik. Antara badan-badan yang hadir ialah wakil dari Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Daerah Kuala Selangor, IPD Kuala selangor, Polis Trafik Petaling Jaya, wakil-wakil persatuan penduduk di sekitar Saujana Utama, Wakil Pemaju perumahan serta Ketua Kampung Merbau Sempak.
Ustazah Mariam, Ahli Majlis MBSA berkata perbincangan secara profesional sebegini dapat menyelesaikan masalah-masalah rakyat perlu kerap dilakukan oleh semua pihak. Jesturu itu beberapa pendekatan akan dibuat dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat kerana kebanyakan masalah terletak di kawasan Zon MBSA. Wakil pemaju perumahan Glomac berkata, mereka akan terus cuba mendapatkan tanah baru untuk jalan keluar baru bagi penduduk Saujana Utama dan berharap mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri.
YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor dalam ucapan penutup perbincangan ini antara lain mengatakan bahawa penduduk di negara-negara maju mementing 'quality of life'/kualiti kehidupan. Semua badan perlu menitik beratkan kaedah penyelesaian yang baik termasuklah dalam hal-hal keceriaan dan juga keselamatan dalam satu-satu bandar. Kita tidak perlu menunggu pendapatan perkapita yang tinggi jika masalah sebegini dapat diselesaikan dengan cara yang paling baik untuk menjadi negara maju.
Kempen Program Jimat Belanja Dapur di pasar tanitelah dilancarkan sejak 0 Januari 01 yang lalu. Program ini dikatakan dilancarkan di 46 pasar tani di Kuala Lumpur dan Selangir anjuran FAMA. Program yang dijangka berakhir pada akhir Mac diadakan untuk membolehkan pengunjung pasar tani mendapatkan barangan pada harga yang lebih murah berbanding dengan pasaraya berhampiran.
Pengarah Pasar Tani Selangor telah turun ke Pasar Tani Saujana Utama baru-baru ini membuat promosi. Walau bagaimanapun program ini dikatakan kurang memberikan makna kepada orang ramai lantaran selama ini, orang ramai lebih selesa mendapatkan pelbagai barangan keperluan dapur pada harga yang lebih murah sama ada di pasar malam atau pasaraya berhampiran. Benarkah begitu ?
Satu kebakaran yang hampir memusnahkan sebuah rumah di Jalan Meranti 5 Saujana Utama telah berlaku pada 9 Januari 2012. Mungkin ini kebakaran terbesar pernah berlaku di sekitar Saujana Utama yang melibatkan rumah kediaman. Pemilik rumah dikenali sebagai Mejar Din. Kerugian dianggarkan sebanyak RM100,000 dan tiada kemalangan jiwa berlaku. SU.NET ingin merakamkan takziah kepada mangsa, semoga keluarga Mejar Din tabah menghadapi musibah ini. Semoga kita bersama dapat membantu meringankan beban mereka yang terlibat.
Kementerian Pengajian Tinggi telah memaklumkan mengenai pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB PM semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi / Asasi Sains dan pelajar Tingkatan 6. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Pelajar perlu hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini untuk pembelian buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai. Bagaimana anda melihat pelaksanaan skim ini ?.
Bertempat di Masjid Saujana Utama, 17 Disember 2011 Malam Kesenian Islam telah diadakan sebaaik selesai solat Isyak. Disamping persembahan nasyid dan bacaan qasidah, saatu pelancaran album nasyid juga telah diadakan. Album nasyid yang dimaksudkan ialah album nasyid dari Kumpulan Du’a yang dianggotai oleh tiga anak muda atau remaja warga Saujana Utama. Kumpulan ini mendapat asuhan serta bimbingan oleh penasyid dan pendakwah yang tidak asing di kalangan kita iaitu Ustaz Amal.
Salah satu daripada lagu mereka yang tuut menjadi jodol album mereka, Sahaja Aku Mencintaimu telah mendapat reaksi yang sangat mengalakkan apabila dimuat naik dan boleh diperdengarkan di laman youtube. Lirik lagu dan melodinya cukup memikat ramai pengemar lagu-lagu nasyid yang bersifat mendidik jiwa. Saujanautama.net merakamkan tahniah atas pencapaian kumpulan ini, semoga terus maju jaya dalam bidang yang diceburi.
Keputusan PMR 2011 diumumkan di seluruh negara baru baru ini. Secara keseluruhannya, keputusan meningkat dengan pertambahan bilangan yang mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran yang diambil. Dalam pada itu, SMK Saujana Utama ( SMKSU ) terus cemerlang dapa dan menjadi sekolah harian terbaik dalam Daerah Kuala Selangor. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar, tenaga pengajar, pengurusan serta warga SMKSU.
Keputusan SMKSU telah mencatatkan kenaikan peratus dari 79% pada tahun lalu kepada 84% tahun ini. Pencapaian gred A juga meningkat sebanyak 11.8% iaitu seramai 48 pelajar telah dapat semua A, dimana 9A seramai 11 orang, 8A seramai 35 orang dan 7A seramai 2 orang. Semoga dengan pencapaiaan ini menjadi motivasi kepada pelajar lain untuk lebih cemerlang. Tahniah sekali lagi.
Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 sudah boleh dibuat mulai 10 Dis untuk tempoh satu bulan. Pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan. Untuk tujuan ini borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, serta agensi-agensi Kerajaan.
Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat. Bagaimana penerimaan masyarakat terhadap insentif ini ? Siapa yang sebenarnya layak ? Bagaimana pelaksanaanya ? Kongsikan keperihatinan anda.
Nurisya 18/05/2012 23:52 Assalamualikum.. Saya mencari guru bahasa inggeris yang bole datang mengajar di rumah... Jika ada sila PM saya.
azlina 18/05/2012 12:12 tengah cari kereta untuk disewa kat saujana utama..
emylia 17/05/2012 21:22 saya mencari pembantu guru tadika, usia 18tahun ke atas. Sesiapa ada adik/sedara mara yg berminat, boleh hubungi saya - 012-2363200
ciku 17/05/2012 15:42 sedang mencari pengisian cuti sekolah untuk anak sekolah rendah.... ada apa2 cadangan? summer camp etc...
ciku 17/05/2012 15:39 sedang mencari pengisian cuti sekolah untuk anak2 sekolah rendah... ada apa2 cadangan? summer camp etc...
mohdkhir 16/05/2012 11:32 selamat hari guru pada semua warga guru....semuga jasa mu di kenang hingga ke akhir hayat.
hamas 15/05/2012 13:18 EPL dah over, Astro pakej pun back to basic ... Takziah The Reds !!
khoiruddin 14/05/2012 08:59 PeBT Zon 6D akan menganjurkan Street Soccer pada 19 & 20/5/2012 di Masjid SU. tengok banner dah byk naik..
niey_69 10/05/2012 20:48 Pemberitahuan!!!Pej. KIDaS dibuka pd 12/5/12(sabtu),pagi sahaja,tq.
bulb8t 10/05/2012 09:26 bila nak balik felda ni...nak/taknak sign? mcm nak berhutang lagi je
PakSu 09/05/2012 11:54 agak2 jadi ke PRU13 pd 9hb jun ni? mana nujum pak belalang ni...
polymerase 08/05/2012 23:16 Assalamualaikum wbt. Pusat Terapi Bekam Sunnah Saujana Utama (PTBSSU) telah mula beroperasi di C213, Iris Apt. Tel/sms 0133447846 utk temujanji bekam. Khidmat jurubekam wanita turut disediakan. TQ.
nmr 08/05/2012 18:59 Dekat SU3 selalu ada latihan kompang lewat malam....sangat tidak beretika..mengganggu ketenteraman.
angahjija 08/05/2012 15:56 cik ketumbar: vacancy for which area & executive/non executive level?
masslina 08/05/2012 14:00 Gangguan letrik ni untuk area mana yer?
apai 07/05/2012 17:29 apa la TNB ni ... buat la dr pg hingga ke ptg ... ni tak sampai 8 mlm .. saja nak suh org bergelap ke?
paklelah 07/05/2012 16:20 Notis Gangguan Letrik : 11-05-2012 (Jumaat) dari 3.00ptg
hingga 8 mlm